Monday, October 24, 2005
Sesungguhnya aku telah jatuh cinta!
Lama dah tak update entry... Okey nak citer pasal aktiviti aku bebaru neh. Ekcelli dah dekat 2 minggu dah tapi aku nak kongsi gak ngan sesapa yang sudi. Nak dijadikan cerita pada 15 Oktober hari tu, aku kena 'kidnap' ngan Rizal untuk pegi Bukit Larut (Maxwell Hill nama lamanya). Tujuan kesana selain bercuti adalah untuk jengah kawasan untuk pasang pemancar radio menghubungkan Genting Highland ke Gunung Jerai. Kalau ikut janji Melayu nak bertolak pukul 9 pagi tetapi since yang berjanji tu memang orang Melayu jadinya masa tu dah berlanjut hingga ke pukul 1 petang hehehe...
Perjalanan ke Taiping mengambil masa lebih kurang 2 jam ikut Lebuhraya PLUS. Terus menuju ke kaki bukit yang terletak berhampiran Taman Tasik Taiping. Dari bawah kenderaan awam tidak dibenarkan sama sekali untuk naik keatas. Pihak Kawasan Pelancongan Bukit Larut telah sediakan Land Rover untuk menjadi kenderaan pengangkut. Selain tu gak resort tempat aku menginap juga menyediakan kenderaan untuk naik keatas. Itu sebagai alternatif kepada Land Rover yang boleh buat korang muntah hijau hehehe...
Perjalanan naik ke puncak mengabil masa lebih kurang setengah jam sejauh 9km. Tempat yang aku menginap tu berada pada ketinggian 1100 meter dari aras laut. Sejuk? Memang sejuk! Pemandangan pada waktu matahari terbenam... Masya-Allah! Punya la cantik....! Dari atas boleh kelihatan pekan Taiping hingga ke Kuala Sepetang dan terus ke Selat Melaka. Kawasan Bukit Larut boleh dikatakan belum lagi tercemar 100%. Mungkin kerajaan negeri Perak patut biarkan keaslian sebegitu. Bukan apa, takut nanti kalau dah maju sangat tiada lagi tarikan untuk kesana. Abih tu tengok kiri nampak orang... tengok kanan nampak orang... tengok depan nampak orang... tengok belakang nampak antu kekekeke...
Kalau untuk mereka yang bercadang nak menyewa banglo yang ada, boleh juga berbuat demikian tetapi dinasihatkan membawa bekalan makanan yang mencukupi kerana tiada pengangkutan turun naik kesana apabila telah malam. So kalau tak reti masak tu pepandai la bawak mi segera muahahaha...
Setelah aku ngan Rizal survey banyak tempat, cuma 2 kawasan aje yang rasanya boleh dijadikan tapak pemancar. Itupun rasanya kena rujuk dengan Majlis Daerah dulu kot untuk pacak pemancar. Tak kang sesia aje kena roboh kekeke... Perjalanan aku teruskan untuk naik ke Istana Kayangan yang terletak di atas Gunung Hijau. Disini terletaknya sebuah banglo lama zaman British yang kemudiannya diambil alih oleh Almarhum Sultan Idris untuk dijadikan istana tempat berehat. Takyah aku ceritakan akan sejarah Sultan Idris ni. Mana yang tau tu pepaham je la ek? Dari kawasan istana ni kita boleh lihat jugak pemandangan pekan Taiping pada bahagian hadapan dan Batu Kurau di sebelah tepi. Kat sini kurang menarik untuk tapak pemancar since bukit di kawasan Batu Kurau telah menghalang pancaran.
Kalau ikutkan memang aku dah jatuh cinta dengan Bukit Larut. Janji aku pada diri sendiri... Aku akan naik semula kesini... Sikit gambor aku attachkan sekali... Tengok pepuas ek?
Friday, October 14, 2005
Duit mu duit ku...
Aku perkenalkan diri yang menyatakan aku bekerja untuk $yarikat empunya ATM tu. Aku check baki akaun aci tu dan tengok ada tinggal dalamRM46.29 je kat dalam. Na$ib baik aci tu ada buat catatan dalam kerta$ nombor akaun dia. Aku tran$ferkan duit RM10 dalam akaun dia $upaya dia boleh keluarkan duit RM50. Punya la beriya dia nak bayar balik pada aku... Dah aku cakap takyah bayar $ebab aku ikhla$ nak tolong... La$t-la$t dia cakap "Moga-moga itu tuhan Allah ka$i berkat adik punya hidup...". Hehehe... Tak tau la berkat atau tak doa dia...
$o kat $ini aku bertanya pada diri $endiri... Apa gunanya me$in ATM kalau kita $u$ah nak keluarkan duit? Takkan nak ketuk pintu cawangan bank pukul 10 malam tatkala $emua bank dah tutup? $ebabnya tak $emua pengguna bank tu orang yang $enang-lenang atau kaya-raya. Yang boleh keluarkan duit not RM50 berkepuk-kepuk... Aku cakap begitu $ebab kalau aci tu banyak duit dia takkan korek abi$ baki akaun dia. Cuba bayangkan kalau aku takde kat $itu atau takde orang nak tolong dia. Mau kebulur budak kecik tu tak minum $u$u.
$ince aku dah lama kerja dengan $yarikat yang $impan duit orang ni. Bagi aku memang tak adil cara camni (ekcelli memang bank tak pernah adil pun hehehe... Nak lak cara perbankan kapir). Kita $impan duit kat bank untuk ke$elamatan $elain membantu ekonomi negara. Tapi bila dah ma$uk bank teru$ je jadi 'Duit lu duit gua jugak!'. Jadi kena ke$ cam aci tu... Mungkin kalau aci tu kaya ra$anya mau dia $aman bank tu... Pepandai la cari point hehehe...
Kengkadang aku ra$a malu gak bila kengkawan dok ngadu kat aku akan ma$alah bila beruru$an dengan bank ni. Nak lak ngan $yarikat yang aku bekerja. Ye la... Boh iklan kat akhbar cakap ada ATM 24 jam untuk kemudahan pengguna la... 'Ca$h depo$it machine' kat $emua cawangan la... $taff yang me$ra dan peramah la... Pendek kata $emua yang terbaik derang bagi! Tetapi hakikat $ebenarnya cuma 40% aje betul. Jadi apa komen korang?
Tuesday, October 11, 2005
Nak makan kat mana?
Bulan puasa datang lagi... Sengaja aje aku tak post entry terbaru. Nak kumpul citer dulu hehehe... So bulan puasa banyak menguji diri dan keimanan kita bagi yang betul-betul puasa la. Kalau yang takat puasa 'yangyok' tu baru nampak kotak rokok air liur dah meleleh kekeke... Nasib baik pahala yang tercicir tu kita takleh nampak dengan mata kasar. Kalu tidak bersepah-sepah kita nampak kat muka bumi ni. Maka berebut-rebut la umat manusia nak kutip untuk tempek balik pahala derang yang bocor sana-sini muehehehe...
Macam aku yang kerja kat ceruk muka bumi ni, perjalanan pergi dan balik memang banyak menguji segalanya selain dari dikelilingi wanita-wanita yang tak berpakaian* masa kat opis.... Pompuan bawak keta slow... Yang mencelah tak bagi signal... Yang potong barisan... Yang suka tailgating rapat-rapat... Tu yang rasa bercinta kalau nak balik rumah petang. Last year normally aku balik rumah time Maghrib. Dekat-dekat 10 minit nak buka aku start enjin dan terus gerak. Dalam keta aku dah siapkan ngan kuih dan air minuman. Boleh la clear sikit jalanraya. Tahun ni nak tukar stail lak hehehe... Lagi jimat berbuka kat rumah.
Tahun ni kalau ikutkan jadual, seperti tahun lepas jugak banyak jemputan majlis berbuka puasa yang aku WAJIB hadir. Nak lak jenis yang vendor belanja. Camna nak kurus neh hehehe... Makan buffet ni sebenarnya bagi aku cukup merugikan. Mostly kita bayar lebih dari RM40 untuk dapat makanan yang semenggah. Yang bawah dari tu mungkin main course dia ikan Uji Rashid atau ikan jaket hehehe... Jadinya dengan jumpah RM40 tu kalau kita beli juadah kat pasar Ramadhan tu rasanya mau terbongkang kita kekenyangan! Boleh simpan sampai sahur lagi!
Beza kalau makan kat hotel lak RM40 tu tak kemana. Makan banyak tu boleh tapi kalau dah banyak sangat jadi cam setan lak kan? Kena lak kita banyak membazir. Silap-silap kang sakit perut sebab salah makan. Baru jadi penunggu jamban! Muehehehe... So kepada kengkawan semua aku ucapkan selamat berpuasa la yek. Sila enjoy gambar sate tu hehehe...
* Yang pakai tudung lengkap tapi berpakaian sendat dan padat. Rasa cam nak picit-picit je derang muahahahaha...
Subscribe to Posts [Atom]