Tuesday, September 27, 2005

Pusingan terakhir di Perlis...

Tak sabar nak tunggu Khamis ni... Nak pergi Perlis untuk MRC pusingan ke 6. Cousin aku akan bertolak pada hari Rabu. Sehari awal... Rasanya takde masalah kot sebab setting semua pakai setting masa rally yang lepas. Boss dah sibuk tanya sebab baki cuti tahunan aku tinggal sehari aje hehehe... Tanyanya nanti raya aku nak cuti camno? Raya tetap raya... Nanti aku check balik kat HR opis tanya cuti aku yang derang utang 6 hari tu. HR ni bebudak dia semuanya lembab! Kalau pasal duit semuanya lajuuuu...

Petang ni balik rumah aku nak kasi cuci semua baju yang nak bawak termasuk la ngan seluar. Oh ya! Goggle untuk menyelam kena bawak... Wajib neh sebab kat Putra Palace ada swimming pool hehehe... Nak turun mencemar duli keh... keh... keh... So pada cakcibor dan bear. Kalau korang baca ni harap boleh la jumpa korang kat Perlis nanti. Aku nak belanja korang makan Burger Rempit kat roundabout tu hehehe...

Friday, September 23, 2005

Apasal malap je neh?

Keta aku cam tetau aje yang gaji nak masuk. Dalam kol 9 malam tadi dibantainya alternator aku kong! Padan la masa kat Jalan Tun Razak aku peratikan semua lampu kat dashboard makin malap. Adeii... Aku lak nak gi jumpa bebudak ROJAK kat Ampang Park neh. Masuk aje parking belakang Lotus aku matikan enjin. Hehehe... Terus takleh idup balik. Guna radio set call cousin aku tapi tak berjawab. Call dia baru berjawab. Ceh! Anak toyol dah tinggal dalam keta rupanya. So bebudak ROJAK semua dah gi karaoke. Aku tinggal kat Lotus tunggu cousin aku datang.

Call pomen aku dia kata memang itu simptom kalau alternator kong sebabnya kalau alternator elok lagi lampu keta akan malap gak tetapi akan terang balik bila keta laju. Nasib baik aku tak beli bateri baru. Kalau tak rugi aje beli sebab bateri lama aku masih elok lagi. Keputusan telah diambil. Ngan cousin aku gi Keramat untuk ambik bateri dari pomen. Dah siap pasang semua aku tanggalkan memana alat yang gunakan bateri. Nak tumpukan untuk kegunaan enjin sahaja. Bayangkan dengan cuma menggunakan 'parking lamp' aku redah Jalan Ampang untuk masuk ke Elavated Highway untuk ke Keramat. Kelajuan? Toksah cakap la sebab yang aku ingat dari plaza tol ke susur keluar MRR2 cuma mengambil masa tak lebih 30 saat je. Rasanya itu la kelajuan aku yang paling perlahan kot takat ni hehehe...

Sampai aje kat Keramat pomen dah siap tunggu. Macam keta F1 lak rasanya muahahaha... Tengah tunggu pomen check keta, Tengku tipon cousin aku. Nak datang Keramat untuk minum-minum katanya. Tak lama tu dia sampai. Benda pertama yang dia kasik kat aku ialah lighter. Memula aku 'blank' gak apasal dia bagi aku lighter sebabnya aku mana ada tertinggal lighter dalam keta dia. Sekali bila dia dok tunjuk-tunjuk kat keta aku baru la aku paham maksudnya. Cheiss! Rasanya korang pun paham apa maksud Tengku kan? Hehehe...

Lepas Tengku balik, aku dok 'menyibuk' balik kat bengkel. Pomen gi kiri aku gi kanan... Pomen gi kanan aku gi kiri hehehe... Rasanya malam tadi dekat 100 kali aku tawaf keta sendiri hehehe... Dalam kol 2 sengah pagi baru keta aku siap. Kena la dalam RM50... Nasib baik bawak duit lebih! Kalau buat stail aku yang selalu tak bawak duit banyak camno? Alhamdulillah keta dah boleh jalan. Cuma bila dah sampai rumah baru aku perasan yang sistem penggera tak berfungsi dan belting alternator agak longgar. Tahan telinga je la dengar bunyi yang sakit hati tu...

Dalam kol 3 baru aku bersiap untuk tidur. Huaarrgghh... Esok kol 6 dah nak kena bangun! Kucing aku dok bantai berlumba haram lak masa aku nak tidur... Hishhh... Sudahnya kena la aku bangun untuk 'rasuah' derang. Bukak tin Friskies kasi makan. Huh! Kemain seronok derang makan kol 3 pagi. Masa entry ni ditulis, mata aku kemain ngantuk lagi. Tu yang susunan ayat tu tunggang langgang hehehe... Okey la. Chow dulu.

Tuesday, September 20, 2005

Bodoh atau degil?

Entry blog aku bertarikh 14 Disember 2004 berbunyi...
"Tengah layan memandu ada lak road block polis trafik kat TETENGAH HIGHWAY!. Hampeh tol!!! Potong stim sungguh! Bodoh ke bangang diorang neh? Tu pasal la selalu korang kena langgar ngan keta atau motor! Highway 3 lorong. Diorang block kiri ngan kanan lorong pastu diorang berdiri kat TENGAH-TENGAH cam orang pasang rawai. Banyak lagi cara nak kasik duit pampasan kat bini tapi jangan dengan cara bangang la dei!"

Aku pun pelik la kat derang neh... Suka benor buat roadblock kat salah tempat. Hasilnya?


7 jalannn...

REMUK: Keadaan kereta yang terbabit dalam nahas dibawah jejambat Jalan Udini, dekat pasar raya besarTesco, Lebuhraya Jelutong, di Georgetown,awal pagi semalam.

Aku paham niat derang tu nak kurangkan pesalah jalanraya. Cuma masalahnya derang buat roadblock pada tempat dan masa yang salah. Siapa punya idea la buat roadblock bawah jejantas? Kat selekoh lak tu! Err... (cakap sambil berbisik...) Tetengah bulan lak tu! Hehehe... Bawak motor 7 bijik. Takde papan tanda, takde kon keselamatan, takde Inspektor bertugas... Pepaham je la kan? Bukan polis trafik tapi cuma GD (General Duty) yang pakai baju kaler biru... Ada reflektor atau takde tu Wallahualam... So tunggu je la apa IGP nak kata. Dengar citer nak buat siasatan samada derang buat roadblock ikut prosedur atau tidak. Rasanya korang boleh agak apa hasilnya kan? Dah tentu drebar keta tu salah. Nak bawak dia gi mahkamah? Hehehe... Korek je la kubur mamat tu muahahaha....!

Okey diakhiri dengan serangkap pantun...

Buat roadblock bawah jejambat.
Agar mat rempit tak lepas lari.
Banyak ditahan hasilnya lebat.
Sapu dek kereta semua mati free!

Muahahaha...! Biar mati ditembak perompak atau ketika mempertahankan nyawa dan tanahair...Aku cukup hormati polis camtu. Jangan mati ketika tengah 'paw' orang... Chow!

Thursday, September 15, 2005

Blurrr...

Apa nak tulih ni...

Yang dah setel dulu...
- Stor kat Taman Megah dah clear...
- Repeater Genting dah aku lawat...
- Bateri UPS dah tukar. Terbang RM120,000.00...
- Hajat nak ikut ke Jerai terpaksa lupakan...
- Borang cuti dah hantar kat boss...
- Keta dah siap repair. Takde lagi bunyik WRX yang keluar...

Yang belum setel lak...
- GAB tak pasang lagi...
- OT tak kira lagi...
- Nak gunting rambut...

p/s: AG kata nak kaji semula undang-undang kolonial pasal murtad dan ajaran sesat. Apa derang ni buat lawak ke?? Hukum Allah yang sedia ada korang campak kat mana? Nampak sangat Dacing dah gila! Ceh!

Thursday, September 08, 2005

Image hosted by Photobucket.com

Nyanyi ikut rentak lagu Keranamu Malaysia hehehe...
Bohsia, pelacur dan juga penagih
Gaya hidup kini dah berubah
Kondom, dadah diberi percuma
Dulu bayi buang longkang saja

Pakar curi, pakar pecah rumah
Jaguh rempit dan juga bohsia
Pakai kondom jenama negara
Bebas projek merata-rata

Alam khayal guna dadah terkini
Puncak khayal semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti akan merasa

- Chorus -

Keranamu kondom dapat percuma
Keranamu dadah juga percuma
Keranamu kami hidup gembira
Layan dadah lepas layan bohsia

Keranamu kami bebas berkhayal
Keranamu wang rakyat habis semua
Keranamu kami bangsa yang hina
Demi kondom ku pangkah Dacing Gila

(Ulang dari mula)

Keranamu pemimpin Dacing Gila
Dacing Gila...
Terima kasih Dacing Gila!

*Komposer dan lirik: Pak Mengah / Sisa Kopirasa

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]