Tuesday, August 30, 2005

Merdeka! Mereka! Metallica!

Bebaru ni semasa di JB sempena APRC, hotel rasmi untuk APRC adalah di Eden Hotel Johor Bharu. Jadinya jangan harap la aku nak tengok siaran tv Malaysia hehehe... Tv Singapura pun aku tak berapa gemar tetapi yang aku suka tengok ialah siaran tv Indonesia. Bukannya apa, aku minat tengok iklan-iklan derang. Lebih terbuka berbuka Malaysia yang banyak sangat prosedur 'red tape'. Sebagai contoh, iklan yang ada bau-bau lucah tak boleh... yang langsung tak masuk akal pun tak boleh... Macam kat sana belasah aje asalkan boleh tarik pembeli dan pengguna.

Cukup cerita pasal iklan. Entry kali ni aku nak cerita pasal semangat patriotik (nak lak dalam bulan kemerdekaan ni lak...). Indonesia baru aje menyambut HUT (Hari Ulang Tahun) yang ke 60 negara itu. Jadinya dalam banyak-banyak rancangan tv yang aku tengok ada satu racangan yang betul-betul menyentuh perasaan aku. Tak silap aku tajuk rancangan tu 'TOLONG'. Lebih kurang cam citer Amerika 'Smile, You're are on candid camera!' gitu... Cuma bezanya derang bukan buat lawak bodoh la.

Citernya begini, sekumpulan krew penerbit rancangan ni berpaka la dengan sorang budak lelaki. Dipakaikannya pakaian sekolah yang lusuh. Diberi sehelai bendera Indonesia yang juga lusuh. Misi budak ialah pergi ke kedai-kedai yang menjual bendera tetapi bukan untuk beli bendera baru sebaliknya minta ditukarkan bendera lusuh tersebut dengan bendera yang baru. So budak ni pun pergi la ke kedai-kedai yang ada... Dia cakap la yang sekolah dia tak cukup duit untuk beli bendera baru untuk dikibarkan sempena HUT. Boleh dikatakan kebanyakan kedai enggan menukarkan bendera tersebut dengan pelbagai alasan. Yang paling pemurah pun cuma sanggup kasi diskaun walaupun untuk bendera yang kecil saiznya!

Jalan punya jalan sampai la budak ni kat sebuah kedai yang dimiliki oleh seorang tua. Kat kedai tu budak ni pun ceritakan la masalah yang sama. Tuan kedai tak sedar yang krew penerbitan ada 'spy' dengan kamera dan mikrofon tersembunyi baik kat budak tu dan beberapa 'pelanggan' lain. Tuan kedai ni pun dengan tanpa banyak soal terus aje ambil bendera lusuh tu dan ditukarkan ke bendera baru yang saiznya besar sedikit dari yang lama tanpa sebarang bayaran pun! Jadi selepas selesai semuanya, krew penerbitan tu pun tanya la kat orang tua kenapa dia sanggup bagi percuma aje bendera tu sedangkan orang lain semuanya nakkan bayaran? Jawab orang tua tu, dia sebenarnya bekas askar. Dia telah dilatih untuk menghargai dan menghormati bendera kebangsaan. Apabila melihat bendera lusuh yang budak tu bawak dan dari cerita budak tersebut tentang perihal kedai-kedai yang lain, hatinya sedih kerana walaupun Indonesia dah merdeka selama 60 tahun, masih ada lagi orang yang tak reti menghargai erti kemerdekaan.

Sekarang kita sebagai rakyat Malaysia. Kalau kita dalam situasi orang tua tu apa kita akan buat? Halau budak tu? Bagi aje bendera plastik RM2 tu sebagai ganti? Atau kita buat seperti apa yang orang tua tu buat tanpa memikirkan keuntungan? Tepuk dada tanya selera. Kalau la TV3 atau ASTRO buat citer camtu kan bagus... Mmmm... Nak komen banyak pun tak guna sebab tv gomen pun tak buat hehehe... Baik buat realiti tv. Nak lak pasal nyanyi-nyanyi... loncat-loncat... dating-dating... Lagi banyak untung! Nampak sangat kebanyakkan rakyat Malaysia fikirannya masih belum merdeka. Cam bebaru ni aku tengok ada satu rancangan kat ASTRO RIA. Memalukan sungguh bila Nana (DJ Radio ERA) tak tau kita dah 48 tahun merdeka. Tak tau la samada dia ni tak sensitif ataupun bodoh matematik...

Okey. Gerak dulu. Nak 'merdekakan' fikiran sat hehehe...

Wednesday, August 10, 2005

APRC...
Kurang dua minggu lagi untuk APRC dan MR5 kat Kota Tinggi, Johor... Sapa nak ikut aku sila angkat tangan! Muehehehe...

Monday, August 08, 2005

Antara Mawi, minyak dan projek sampah...

Seperti yang dijangkakan... Orang Felda kat Kulai berpesta sepanjang malam menyambut kemenangan 'pelacur' jantan AF3. Malam final tu aku baru sampai ke rumah dari pejabat. Masuk aje keta kat garaj, aku dah dengar bunyi home theater derdentum-dentum. Confirm family aku dok bukak final AF3 neh. Penat tak hilang lagi aku dok layan la jugak siaran tu sambil makan pengat durian panas-panas. Leleh wa cakap lu!...

Nak citer pasal persembahan malam tu rasanya Amylea lebih bertenaga dan sempurna. Vokal dia bebetul bagus. Kalau tak takkan Kudsia boleh bagi standing ovation... Felix lebih kepada syok sendiri... Marsha? Hehehe... Aku minat tengok mata dia. Lawa siot! Mawi?? Takat suara 'jantan' camtu berlambak boleh cari... Sedap lagi suara brader main gitar kat Kampung Baru tu! Abih tu nak buat camna lagi... Seperti yang Aznil cakap tu la. Kemenangan ini bukan ditentukan oleh juri tetapi oleh para pengundi sendiri yang aku pikir 70% adalah wanita 25% lelaki manakala 5% lagi lain-lain (mak nyah dan gay hehehe...). Walaupun aku menyampah tengok Amylea dengan perangai mengada-ngada dia tu tetapi dari segi bakat rasanya dia patut jadi juara atau setidak-tidaknya dapat vokal terbaik. Takpe la... Dah rezeki masing-masing. Tahniah je la diucapkan.

Sejak harga minyak naik ni, tengok muka para pemimpin kita pun aku naik meluat. Sebabnya diorang selalu bagi alasan kerajaan rugi besar kalau harga tak dinaikkan. Pastu selalu bandingkan ngan negara luar. Tolong la... Korang laki bini anak beranak boleh la dapat minyak percuma takpun murah giler selagi berkuasa. Cuba letakkan diri korang jadi rakyat biasa. Rasanya korang pun lebih kurang aku jugak... Menyampah dan meluat... Dah tau taknak rugi banyak, abis tu apasal projek dan cadangan 'sampah' dilaksanakan? Contohnya nak bagi jarum suntikan dan kondom percuma kat penagih dadah. Alasannya supaya jangkitan HIV boleh dikurangkan. Kenapa sibuk nak mencegah sedangkan kita boleh banteras dan hapuskan terus?

Pikirkan apabila jarum diberi percuma maka benda apa nak disuntik oleh penagih? Air longkang? Racun rumpai? Dah tentu la dadah bukan? Dadah kena la beli... Duit? Bukan susah... Pecah aje rumah atau kereta orang takpun curi besi untuk jual... Aku berani bertaruh la! Tak semua penagih dadah tu berani nak mendaftar diri untuk jarum percuma... Okey pasal kondom lak. Apa Marina Che Det tu bodoh ke? Dia ingat kalau takde kondom maka HIV positif tu takleh nak 'projek'? Diorang peduli apa! Janji dapat puaskan nafsu. Alang-alang dah dapat HIV... Bukan kena penjara pun kalau sebarkan HIV...

Jadi sekarang dimana yang kita nampak boleh dikurangkan? Bagi aku TAKDE YANG BOLEH DIKURANGKAN... Boleh menambahkan aku percaya. Tambah pengidap HIV dan tambah kayakan tokey jarum dan kondom... Cam bebaru ni aku ada terbaca dalam paper akan kenyataan seorang menteri wanita yang mendakwa dia handal dalam bidang agama (ala... yang sebelum ni kena saman ngan jiran dia tu...). Katanya 'Pelacuran itu dibolehkan jika keadaan darurat'. Aku nak tanya dia... Dalam kitab mana yang kata pelacuran tu dibolehkan jika darurat? Alasan darurat tak boleh dipakai kerana kita kat Malaysia ni banyak peluang pekerjaan yang boleh dibuat. Ditakuti nanti kalau kena cekup ngan jabatan agama, orang akan salah guna alasan darurat untuk elak diambil tindakan. Cuba bayangkan bebudak sekolah melacur sebab darurat nak makan dengan alasan mak bapak tak kasik duit belanja hehehe...

Erk... Kang kena banned lak website aku neh... Aku bukan kutuk tapi menegur. Kalau takleh kena tegur maka toksah jadi pemimpin. Gi jadi ketua darjah atau jaga sekolah hehehe...

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]