Tuesday, June 16, 2009

Dari blogspot ke blogger. Sang geroda dan panah sakti.

Aku dah lama tak update dalam blog ni. Dulu ada saja benda yang aku nak tulis sampai tak terlayan! Rasanya dah 4 tahun lebih. Kenapa aku berhenti sekejap? Dulu blog ni tak la glamer sangat pun. This so called pemanah-pemanah politik pun tak berminat ngan blog. Masing-masing sibuk ngan .com, .net, .org etc... Bagi mereka itu semua lebih gah bila dipandang orang. Konon la! Jadinya mereka ingat nak maintain domain tu percuma ke?

Alkisah pabila sang geroda penjaga keris tak bersarung mula menyerang para pemanah kecil di kota rakyat kerana takut rahsia kelemahan diketahui umum, para pemanah ni mula beralih angin... Lari ke tempat percuma yang boleh daftar semula waima seribu kali biarpun pondok panas roboh dicakar dan dibakar. Typical Malaysian! Asal percuma aje korang longgok kat sini ye!

Pabila ramai sudah pemanah yang bernaung dikawasan teduhan baru, maka secara tak langsung penduduk asal dan terawal akan terancam termasuk la aku. Korang ni memang sial le! Tuan punya sawah padi tempat aku mencari rezeki mula keluarkan arahan dan larangan. Tiada lagi rakyat asal dibenarkan masuk ke negara Blogger lagi... Risau akan terkena panahan sesat dari pendatang asing. WTF!!!

Selalunya idea menulis akan datang pada bila-bila masa terutama ketika aku disawah padi. Cuma apa kan daya... Pemerintah sudah melarang aku ke negara Blogger. Jikalau mahu juga terpaksa guna lubang tikus atau menaiki tikar terbang sendiri. Siapa yang nak bayar RM90 sebulan cuma untuk kesana? Aku cuma rakyat marhaein yang papa kedana. Bukannya dari golongan aristokrat yang mampu. Bertapa lah aku dikampung sahaja tanpa mengetahui apa yang berlaku diluar sana.

Sesekali kedengaran bunyi ciak sahut menyahut didada koran pabila seorang dua pemanah kecil disambar geroda. Apa boleh aku buat? Diam saja le... Dalam hatiku menyumpah... Korang memang sial!

Sekarang ni sang geroda penjaga keris tak bersarung semakin panik. Disuruhnya sang pipit merah jambu menjadi perisik. Masuk kampung, bandar, kota, pekan dan apa saja yang boleh dimasuki termasuk kain pelikat ustaz dan imam juga mamak restoran dan penjual cendol sekalipun. Carilah wahai pipit merah jambu segala maklumat akan pemanah kecil dan laporlah kepada geroda penjaga keris tak bersarung. Kita akan pijak, lenyek, penjara dan sula mereka jikalau tertangkap. Jikalau perlu kita letupkan mereka dengan mercun padi penghalau
altantuya. Sial punya pipit merah jambu!

Tiba-tiba aku dikejutkan dari lena yang panjang selama aku bertapa... Aiseyman... Aku dah merepek dah ni hehehe... Pebenda yang aku tulis ni? Okey la sebagai pemanas badan ni korang baca la entry terbaru aku ni. Nanti ada citer baru aku kasik update lagi. I'm back!!! Hahaha!!!

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]