Tuesday, October 11, 2005

Nak makan kat mana?

Image hosted by Photobucket.com


Bulan puasa datang lagi... Sengaja aje aku tak post entry terbaru. Nak kumpul citer dulu hehehe... So bulan puasa banyak menguji diri dan keimanan kita bagi yang betul-betul puasa la. Kalau yang takat puasa 'yangyok' tu baru nampak kotak rokok air liur dah meleleh kekeke... Nasib baik pahala yang tercicir tu kita takleh nampak dengan mata kasar. Kalu tidak bersepah-sepah kita nampak kat muka bumi ni. Maka berebut-rebut la umat manusia nak kutip untuk tempek balik pahala derang yang bocor sana-sini muehehehe...

Macam aku yang kerja kat ceruk muka bumi ni, perjalanan pergi dan balik memang banyak menguji segalanya selain dari dikelilingi wanita-wanita yang tak berpakaian* masa kat opis.... Pompuan bawak keta slow... Yang mencelah tak bagi signal... Yang potong barisan... Yang suka tailgating rapat-rapat... Tu yang rasa bercinta kalau nak balik rumah petang. Last year normally aku balik rumah time Maghrib. Dekat-dekat 10 minit nak buka aku start enjin dan terus gerak. Dalam keta aku dah siapkan ngan kuih dan air minuman. Boleh la clear sikit jalanraya. Tahun ni nak tukar stail lak hehehe... Lagi jimat berbuka kat rumah.

Tahun ni kalau ikutkan jadual, seperti tahun lepas jugak banyak jemputan majlis berbuka puasa yang aku WAJIB hadir. Nak lak jenis yang vendor belanja. Camna nak kurus neh hehehe... Makan buffet ni sebenarnya bagi aku cukup merugikan. Mostly kita bayar lebih dari RM40 untuk dapat makanan yang semenggah. Yang bawah dari tu mungkin main course dia ikan Uji Rashid atau ikan jaket hehehe... Jadinya dengan jumpah RM40 tu kalau kita beli juadah kat pasar Ramadhan tu rasanya mau terbongkang kita kekenyangan! Boleh simpan sampai sahur lagi!

Beza kalau makan kat hotel lak RM40 tu tak kemana. Makan banyak tu boleh tapi kalau dah banyak sangat jadi cam setan lak kan? Kena lak kita banyak membazir. Silap-silap kang sakit perut sebab salah makan. Baru jadi penunggu jamban! Muehehehe... So kepada kengkawan semua aku ucapkan selamat berpuasa la yek. Sila enjoy gambar sate tu hehehe...

* Yang pakai tudung lengkap tapi berpakaian sendat dan padat. Rasa cam nak picit-picit je derang muahahahaha...


Comments: Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]