Monday, October 24, 2005

Sesungguhnya aku telah jatuh cinta!

rojak.org??


Lama dah tak update entry... Okey nak citer pasal aktiviti aku bebaru neh. Ekcelli dah dekat 2 minggu dah tapi aku nak kongsi gak ngan sesapa yang sudi. Nak dijadikan cerita pada 15 Oktober hari tu, aku kena 'kidnap' ngan Rizal untuk pegi Bukit Larut (Maxwell Hill nama lamanya). Tujuan kesana selain bercuti adalah untuk jengah kawasan untuk pasang pemancar radio menghubungkan Genting Highland ke Gunung Jerai. Kalau ikut janji Melayu nak bertolak pukul 9 pagi tetapi since yang berjanji tu memang orang Melayu jadinya masa tu dah berlanjut hingga ke pukul 1 petang hehehe...

Perjalanan ke Taiping mengambil masa lebih kurang 2 jam ikut Lebuhraya PLUS. Terus menuju ke kaki bukit yang terletak berhampiran Taman Tasik Taiping. Dari bawah kenderaan awam tidak dibenarkan sama sekali untuk naik keatas. Pihak Kawasan Pelancongan Bukit Larut telah sediakan Land Rover untuk menjadi kenderaan pengangkut. Selain tu gak resort tempat aku menginap juga menyediakan kenderaan untuk naik keatas. Itu sebagai alternatif kepada Land Rover yang boleh buat korang muntah hijau hehehe...

Perjalanan naik ke puncak mengabil masa lebih kurang setengah jam sejauh 9km. Tempat yang aku menginap tu berada pada ketinggian 1100 meter dari aras laut. Sejuk? Memang sejuk! Pemandangan pada waktu matahari terbenam... Masya-Allah! Punya la cantik....! Dari atas boleh kelihatan pekan Taiping hingga ke Kuala Sepetang dan terus ke Selat Melaka. Kawasan Bukit Larut boleh dikatakan belum lagi tercemar 100%. Mungkin kerajaan negeri Perak patut biarkan keaslian sebegitu. Bukan apa, takut nanti kalau dah maju sangat tiada lagi tarikan untuk kesana. Abih tu tengok kiri nampak orang... tengok kanan nampak orang... tengok depan nampak orang... tengok belakang nampak antu kekekeke...

Kalau untuk mereka yang bercadang nak menyewa banglo yang ada, boleh juga berbuat demikian tetapi dinasihatkan membawa bekalan makanan yang mencukupi kerana tiada pengangkutan turun naik kesana apabila telah malam. So kalau tak reti masak tu pepandai la bawak mi segera muahahaha...

Setelah aku ngan Rizal survey banyak tempat, cuma 2 kawasan aje yang rasanya boleh dijadikan tapak pemancar. Itupun rasanya kena rujuk dengan Majlis Daerah dulu kot untuk pacak pemancar. Tak kang sesia aje kena roboh kekeke... Perjalanan aku teruskan untuk naik ke Istana Kayangan yang terletak di atas Gunung Hijau. Disini terletaknya sebuah banglo lama zaman British yang kemudiannya diambil alih oleh Almarhum Sultan Idris untuk dijadikan istana tempat berehat. Takyah aku ceritakan akan sejarah Sultan Idris ni. Mana yang tau tu pepaham je la ek? Dari kawasan istana ni kita boleh lihat jugak pemandangan pekan Taiping pada bahagian hadapan dan Batu Kurau di sebelah tepi. Kat sini kurang menarik untuk tapak pemancar since bukit di kawasan Batu Kurau telah menghalang pancaran.

Kalau ikutkan memang aku dah jatuh cinta dengan Bukit Larut. Janji aku pada diri sendiri... Aku akan naik semula kesini... Sikit gambor aku attachkan sekali... Tengok pepuas ek?

Image hosted by Photobucket.com
So kat sini dia cerita la sikit pasal Bukit Larut...
.
Image hosted by Photobucket.com
Nun kat ufuk tu ialah Kuala Sepetang. Cantik siot bila sunset...
.
Image hosted by Photobucket.com
Bunga? Macam-macam bunga ada kat sini.
.
Image hosted by Photobucket.com
Bunga lagi...
.
Image hosted by Photobucket.com
Pemandangan pekan Taiping dari atas Bukit Larut.
.
Image hosted by Photobucket.com
Ni lak gambor dari depan tempat aku menginap.
.
Image hosted by Photobucket.com
Istana Kayangan dari arah hadapan.
.
Image hosted by Photobucket.com
Mini bar untuk mabuk-mabuk kekeke... Takkan mini bar hidang teh tarik kot?
.
Image hosted by Photobucket.com
Kawasan Batu Kurau dilihat dari sebelah kiri Istana Kayangan.
.
Image hosted by Photobucket.com
Dah 12 tahun kawasan ni ditinggalkan tetapi lanskap dia terjaga rapi... Sapo yang jaga??
Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteriiii...

Comments: Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]