Thursday, July 28, 2005

Biar bodoh tapi jangan poyo!

Image hosted by Photobucket.com

Bebaru ni kawan aku ni dimasukkan dalam hospital sebab disyaki kena denggi berdarah. Nak dijadikan cerita aku pun pergi la melawat walaupun aku baru aje sampai rumah dari pejabat. Sampai aje aku kat Damai Medical Centre Jalan Ipoh dia tengah dok sensorang kat katil. Aku pun dengan penuh kasih sayang (boleh pakai ke ayat neh? hehehe...) tanya la khabar. Dok sembang-sembang ngan dia, mak angkat dia lak sampai... Tak lama lepas tetamu kedua sampai datang lak tetamu ketiga bernama Nik (bukan nama sebenar). Bermula kat sini la hilangnya mood aku malam tu... Itu yang muncul quote "Biar bodoh, jangan poyo"..

Mak angkat: Wan, ni ubat apa yang diorang pakai untuk drip ni?
Aku: ... (tak sempat jawab)
Nik: Ooo... Diorang guna glukos ni makcik. Tu tulis Sodium Ntahapahapantah tu maknanya glukos la tu... Maklum la dulu masa sekolah cikgu suruh belajar tapi lari kelas hehehe...(saja expose kebodohan dan kepoyoan sendiri)
Aku: (dalam hati) Bukan Sodium tu garam ke???

Sekali tu jururawat pun sampai...

Nik: Err... Cik Nurse, air glukos ni bila boleh abis?
Jururawat: Ooo... Yang ni boleh abis dalam setengah hari atau satu hari. Lagi satu dik, air ni bukan glukos tapi air garam. Kan dah tulis kat situ Sodium Ntahapahapantah...
Nik: ...(malu atas kebodohan sendiri)

Jururawat pun blah...

Ida: Bang... Kalau Ida bebetul kena denggi berdarah berapa lama Ida kena tahan wad?
Aku: Ikut nasib la tapi minimum 2 minggu hingga maks sebulan atau sebulan setengah. Selagi ada virus tu dalam darah maka selagi tu la hospital tahan awak.
Nik: Hish! Kau ni apasal nak takut-takutkan Ida??? Kesian dia... Member aku dulu kena denggi berdarah masuk hospital baru 5 hari dah discharge tau tak!
Aku: Ooo... gitu ek? (dalam hati lak) Memang la 5 hari dah discharge. Kawan kau dah mampus! Hehehe...

Kat Majalah 3 malam tu ada siarkan kembara bermotorsikal Tengku Mahkota Johor...

Nik: Aku dulu pakai CBR900 tapi tak tahan sebab maintenance mahal sangat. Pastu aku jual beli lak 125Z. Asyik berulang alik Shah Alam - KL - Shah Alam, abis rosak enjin dia. Tak elok la motor Yamaha ni!. Aku jual motor tu beli lak Honda C70 baru puas.
Aku: Ooo... gitu ek? (dalam hati lak) Ello mamat! Kalau kau tak mampu nak pakai even Yamaha 125Z pun tolong jangan cakap kau pernah pakai CBR900 laa... Lagi mau kencing sama bekas mat rempit...

Pastu kat Majalah 3 siar lak citer pasal bomba test keta 4WD dalam hutan...

Nik: Aku dulu pun pernah join bebudak 4WD ni. Letih woo... Nak lak kena tarik kabel winch tu. Sakit-sakit badan aku!
Aku: Ooo... gitu ek? (dalam hati lak) Bukan winch tu ada gear forward ngan backward ke? Ni mesti kes Si Poyo ni tarik kabel masa winch tengah gulung balik ni. Camtu punya kes gajah pun boleh terberak!

Habis Majalah 3 dia bukak lak citer masa LTdL 2004...

Nik: So you're Protocol Officer during LTdL 2005 ek?(ek eleh... cakap omputih lak dia!)
Aku: Haah...
Nik: Ooo... I see... I see... But aku tak pernah nampak pun your face ari tu.
Aku: Dah tu aku bawak tetamu mat saleh. Mana kau nak nampak.
Nik: Apasal lak Pak Tuan suruh kau bawak mat saleh?
Aku: Aku yang mintak... Pastu aku boleh cakap Inggeris dengan elok. Tu yang mat saleh suka tu.
Nik: Kau tau tak masa 2004 aku jadi site dj ngan mat saleh jugak? Alaa... Yang orang England tu. 2004 kau takde lagi...
Aku: Ye lah Nik... Abis tu India Steven tu jadi drebar keta calvacade...
Nik: Eh! Kau ada ek tahun 2004?? (muka dah berubah...)

Dia tukar topik lain lak...

Nik: So tahun depan kau join tak LTdL?
Aku: Kalau ada LTdL...
Nik: Iskh... Mesti ada punya! Tapi LTdL ni problem sikit sebab aku dengar cerita Dato' Wan ngan Tengku dok sabotaj Simon kaw-kaw! Jahat woo ini Tengku! Memang dia dengki dengan Simon!
Aku: Tengku dengki??? Kau kenal siapa Tengku???
Nik: Tak kenal... Aku kenal tengkurak aje hehehe...
Ida: Laaa... Tengku pun tak kenal? Abis tu awak kenal siapa?
Nik: Saya kenal Simon aje...
Aku: Kau kenal Tengku Shaharin?
Nik: Tak.
Aku: Itu la dia pengerusi First Cartel. Takkan dia nak sabotaj duit dia sendiri! Gila apa! Tu sebab lenkali kalau tak tau cerita baik diam aje. Jangan cerita! Buat sakit hati tau tak!
Nik: ...

Aku dah boring... Aku nak blah sebelum aku tumbuk muka Nik... Malam tu Ida sms aku. "Apsal tadi abg byk diam aje? Abg cam marah aje. Ckp la kat Ida"
Aku reply balik... "Takde apa... mood dah hilang. X tahan dengar citer poyo!"
Ida reply balik..."Hehehe... Biarla dia bang... Asal dia bahgia camtu dah la..."

So kepada Nik kalau kau baca ni, aku cuma nak kasitau yang kau MEMANG POYO! Kau minat kat Ida ek? Ida tak sebodoh yang kau sangka laa... Abis tu bini ngan anak kau tu camno? Dah la derang tak kerja. Nak kasi derang mati kebulur??? Tanggungjawab yang wajib kau pegi abaikan, dah tu ada hati nak tambah bini! Tak world langsung! Hehehe...

Saturday, July 23, 2005

Tribute to Serendipity

Okey entry kali ni lak sebagai tribute kepada sorang sahabat dalam dunia blog neh. Sekarang ni dia dah 'bersara' dari dunia blog. Jadi untuk Serendipity ini tanda ingatan dari aku. Harap-harap kalau kau baca entry kali ni aku mintak ngko aktif la balik...

Dalam bebanyak entry Seren ada satu kategori yang aku betul-betul minat. Entry monolog... Cerita pasal thumb drive dia, notebook, mouse, printer dll. So kali ni aku nak citer pasal monolog gak. Kisah aku PerWira...

Assalammualaikum! Nama aku PerWira Bin Proton. Dilahirkan pada tahun 1997. Kisah hidup aku sangat panjang asalnya tapi dengan Irwan ni aku pendekkan sikit hehehe...

Si Irwan ni beli aku pada tahun 2003. Sebelum dia tuan aku adalah seorang lelaki Cina berusia 60 tahun. Jadi pepaham je la kalau orang tua yang pakai. Aku cuma terperap kat rumah aje. Disebabkan orang tua dah tak larat nak jaga aku maka dijualnya aku kat Sunday Car Sale. Alah... Yang dekat parking lot sebelah Menara MPPJ tu...

Dulu Si Irwan ni cuma pakai CLK* aje sebagai isteri pertama. Agaknya dah boring kot naik CLK* dia mula la gatal cari isteri kedua. Takpe la sebab dia nak cari janda katanya. Takyah bayar mahal-mahal dan takyah berpantang run-in enjin hehehe... Sesi mencari jodoh kat parking lot tu menemukan aku dengan dia. Setelah selesai urusan meminang dan semua duit mas kahwin dibayar maka dengan rasminya aku jadi milik dia. Itupun dia kena tunggu aku habis edah seminggu baru boleh bawak balik.

Dah seminggu baru la Si Irwan ni datang ambik aku. Masih aku ingat lagi tempat pertama dia bawak aku jenjalan. Subang Parade... Masa tu Si Irwan ni masih malu-malu lagi hehehe...

Lepas seminggu aku dengan dia baru aku perasan yang Si Irwan ni kalau bersama aku dia masih terikut-ikut gaya masa bersama dengan CLK*. Dia kena ingat yang CLK* tu kecik molek berbanding aku. Disebabkan kecuaian dia mata kiri aku pecah bila dia gi cium belakang abang sepupu aku Encik Pajero Nenas. Sib baik drebar Pajero Nenas tu takde lesen so segala kos repair aku Si Irwan kena bayar. Yang Pajero tu lantak la dia hehehe...

Aku cukup bahagia dengan Si Irwan ni. Segala make-up, minum dan kebajikan aku dijaganya dengan baik. Tapi kebahagiaan tu tak kekal lama apabila satu hari aku telah dicium dari belakang oleh Encik Naza Riang. Aku dah tak cantik lagi huwaaaa! Namun begitu, Si Irwan berusaha untuk mencari doktor yang pakar dalam repair merepair ni. Dapat satu kat Seri Rampai. Bila dah cantik Si Irwan mula lak mengidam untuk masukkan jantung baru. Katanya jantung lama aku dah tak bertenaga lagi. Cari punya cari dia dapat jantung dari sepupu rapat aku Encik Lancerigato. Dekat seminggu jugak la aku masuk wad kat Keramat. Memang betul jantung baru aku ni kuat tapi Si Irwan ni lak bukannya reti nak bawak lelaju. Paling kuat pun dalam 130km/j. Cuma sesekali bila datang angin tak betul tu aku dibelasah sampai 200km/j.

Camna teruk pun dia belasah aku namun aku tetap melayani dia dengan elok. Jantung baru aku pun tak bagi masalah. Malahan aku cukup gembira bila sesekali dapat berlari meninggalkan rakan sebaya atau yang lebih muda tercungap-cungap dengan enjin standard hehehe...

Sekarang ni Si Irwan dah mula gatal tangan lagi... Jantung baru yang berusia tak sampai 2 tahun dia nak tukar lagi. Katanya 120 ekor kuda tak mencukupi. Dia nak tambah lebih kurang 80 ekor lagi katanya. Ini semua gara-gara campur ngan bebudak rally la ni! Pernah gak aku terdengar dia nak ceraikan aku sebab dah jatuh hati balik ngan buah hati lama dia Cik Su. Aku bukan tak kenal sangat dengan Cik Su ni. Nama penuh dia Subaru Imprezati WRX. Memang la dia ni lagi cantik dan power dari aku tapi jangan la jual aku... Tolong laaa... Aku sedih tau tak!

Satu perkara aje yang buatkan aku boleh merasa lega takat ni hehehe... Aku tau Si Irwan ni bukannya mampu nak pinang Cik Su. Dia kena pikir yang Cik Su ni nafsunya kuat dan buas. Maintenance mahal. Sekali buat facial atau medical checkup confirm rabak dalam ribu-ribu gak hehehe... Aku murah je. Barang second hand pun aku terima dengan redha...

Okey chow dulu. Petang ni nak gi ajak Si Irwan gi bengkel buat medical checkup. Aku tau dia dah gaji hari ni hehehe...

Thursday, July 14, 2005

Best kot jadi artis???

Okey... Kali ni punya entry meraban aku nak citer pasal kegilaan kebanyakkan rakyat Malaysia nak jadi artis. Memula sekali aku nak tanya. Apa syok jadi artis ni? Pada aku la... Dok bayangkan kehidupan yang penuh glamour. Gi memana orang semua tegur especially bebudak pompuan yang tergedik-gedik nampak kita... Sekali buat show boleh buat ribu-ribu RM... Boleh pakai keta mewah... Boleh berlakon filem... Boleh kawin ngan Datuk-Datuk atau Tan Sri-Tan Sri... Paling syok boleh kawin ngan anak raja! Huih!! memacam lagi yang aku bayangkan guna otak primitif ni hehehe...

Cukup! Tinggalkan angan-angan tu kat tepi longkang dulu. Sekarang jawab lak berapa ramai artis kita kat Malaysia ni jadi kaya? Takyah sekaya Michael Jackson atau Elton John pun... Yang cukup kaya untuk sara kehidupan hingga hari tua. Mungkin dalam 10 tu cuma 3 aje yang berjaya. Yang lenlain hidup merempat isap dadah jual dadah. Tak pun bila dah tak laku siap yang meniaga kat pasar malam pun ada! Mana dunia glamour ngko dulu???

Bebaru ni aku dok tengok rancangan realiti tv Akademi Berfantasi kat ASTROk. Toksah cakap la pasal citer Malaysian Idiot, Mentol dll. Malang sungguh bebudak tu. Elok-elok dah ada masa depan habis semuanya terpesong jalan lain. Mungkin dalam reramai tu ada la 4-5 kerat yang ASTROk akan ambik bekerja. Yang lain akan jadi sampah.

Cuba ingat balik akan AF1 dan AF2 dulu. Berapa kerat yang keluar ngan album sendiri? Berapa kerat yang jadi pelakon filem? Berapa kerat yang jadi pelakon drama swasta? Berapa kerat yang jadi pengacara rancangan kanak-kanak? Sesia aje bukan?

AF3 lak aku perhatikan ada sorang peserta tu yang KONONNYA pandai dalam agama Islam, bersilat, mengaji etc. Asal dari keluarga susah la gitu. Apa derang ni (peserta dan penonton) bangang ke? AF sebelum ni dulu pernah kena hentam kiri kanan atas bawah sebab isu peluk-peluk, cium-cium, pergaulan bebas dll. Sekarang ni ASTROk dok mainkan balik penonton ngan letak budak bingung tu yang KONONNYA alim dan warak.

Apakah kita sedar yang ASTROk sebenarnya me'lacur'kan mamat ni untuk keuntungan? Kita sebagai penonton dok sibuk-sibuk menangis bila peserta favourite kita terkeluar tapi kita tak menangis bila tengok keluarga makan 'buffet siput babi' buat lunch. Kita sanggup berhabis sampai 2-3 ratus seminggu untuk AFUNDIk derang tapi kenapa tak sanggup nak derma takat RM10 untuk keluarga yang susah!

Bukan kita tak boleh berhibur. Cuma jangan sampai lupa diri dah la... Ada sorang kawan aku tu yang bapaknya pening kepala bila anak perempuannya sibuk mintak duit beli reload. Aik??? Dulu sebulan RM100 tak cukup ke? Rupanya anak tu sibuk AFUNDIk kat pe'lacur' jantan Akademi Berfantasi. Tak silap aku siap join dia punya fan club tu! Aik?? Peserta tu sendiri belum tau masa depan dia tetiba dah ada fan club? Cam gampang! Jadi pepaham je la siapa yang buit duit tu? Pandai penganjur tapi bodoh peminat!

Okey chow dulu. Nak gi baca review realiti tv terbaru kat TiVi 3. Citer pasal orang desperate nak cari bini kekeke... Apa Malaysia dah habis pompuan ke?

Wednesday, July 13, 2005

Pukul 3 pagi...

Orang tua-tua ada cakap... Tak baik keluar berjalan time-time 3 pagi... Ada hantu keluar berjalan masa tu. Bukan Melayu aje cakap camtu tapi bangsa Cina jugak. Abih tu camna nak cari rezeki kalau dah takut ngan hantu? Orang tua-tua jugak ada cakap "pegi keje jangan kena matahari dan balik keje jangan kena matahari'. Bebudak muda sekarang ada jugak yang pepandai translate sendiri. "Ooo... Kalau camtu aku kena jual la moto aku... Beli keta. Senang ujan tak basah tengahari tak panas!" Ya! Korang memang bijak! Orang utan tu bijak sikit je dari korang...

Yang dimaksudkan tu ialah carilah rezeki halal sebaik mungkin. Keluar keje sebelum matahari terbit penuh dan balik keje masa matahari dah terbenam. Masa tu kalau dah dapat habuan kerja mesti seronok rasanya. Iye la dah kita penat-penat kerja dapat lak gaji untuk sara kehidupan. Rasa berbaloi yang amat sangat (kecuali mereka yang tak reti bersyukur...).

Dah dua malam aku keje sampai subuh. Mula jam 12 tengahmalam membawa ke subuh. Lima tahun dahulu mungkin aku boleh biasakan kerja camni sebab aku kerja shift. Sekarang ni dah kerja normal balik. Tu yang masuk je jam 3-4 pagi mata tu rasa cam dicurah pasir je...

Huarghh! Bila la kontraktor nak siap keje derang ni... Dah la bilik komputer ni sejuk cam peti ais!

Okey. Turun bawah jap pekena rokok... Sejuk banget ni! Sebelum tu meh la masuk fotopage aku. Klik...

SINI

Monday, July 04, 2005

Birat!

Dua minggu punya entry aku sekalikan. Senang citer hehehe... Alhamdulillah perjalanan aku ke Perlis pada 24hb ari tu selamat. Jam 0130 pagi aku dah masuk highway dari Sungai Buloh. Drive dalam 90-100km/j aje. Takut giler bila tengok lori dan bas berlumba sesama sendiri! Sampai R&R Gurun jam dah tunjuk kol 0630 pagi. Lepas semayang subuh aku teruskan perjalanan ke Kangar. Kat situ aku speeding dalam 150-170km/j. Dah tu lebuhraya kosong! Masa ni la nak buang semua karbon dalam ekzos hehehe... Sampai Kangar dalam kol 0730 pagi. Itu pun mata tak ngantuk lagi. Aku masuk bilik ingatkan nak mandi rupanya pagi tu Putra Palace hotel aku menginap takde air. Camno neh? Since mata tak ngantuk, Nizam ajak aku gi tengok repeater site kat ladang tebu. Masya-Allah! Punya la luas ladang tebu kat Chuping neh... Boleh nampak Thailand tu! Oh ya... Dari tempat rally ke Padang Besar cuma lebih kurang 10km aje. Ni ada harapan shopping neh hehehe...

Balik dari site, adik aku telefon dari KL menyatakan pakcik aku meninggal dunia kol 0800 tadi kerana kemalangan kat LDP. Dia jatuh motor pastu kena langgar lak dengan treler. Al-Fatihah untuk arwah. Cam tak percaya aje sebab baru beberapa minggu lepas aku jumpa dia. Tapi takpe la. Dah ketentuan Allah dia akan pergi pada pagi Jumaat tu. Padan la hari tu aku rasa tak sedap hati aje...

Okey cukup sampai situ. Sambung balik citer gi Perlis. Memandangkan hotel tak berair maka aku dengan sebulat suara bersama cousin aku memutuskan untuk mencemar duli kekeke... Terjun ke dalam kolam renang hotel selepas solat Jumaat. So Jumaat ari tu kat Kangar telah dilanda oleh tsunami kecil hehehe...

Pusingan ke 4 Malaysian Rally Championship telah diadakan bersama-sama SEARally. Jadinya banyak gak kereta yang masuk bertanding. Kebanyakkannya dari Thailand. Masa ni la nak tengok Mitsubishi Mirage dan Lancer original. Bukan jelmaan cam kat Malaysia...

Rally kat ladang tebu tak macam kat ladang sawit. Kena lak Perlis tu kawasan yang tahap kepanasannya boleh keringkan baju dalam masa 1 jam! Dari menara letak repeater boleh tengok kereta yang berlumba. Kalau ikut kata Tengku Shaharin boss rally, semasa rally musim tebu dituai, boleh dilihat kereta yang berlumba ibarat semut yang bertaburan hehehe... Pebuh debu berterbangan! Aku yang berdiri berhampiran pun dah tukar warna rambut percuma untuk jadi perang. Lebih bagus bila kita boleh nampak kereta yang datang. So takyah main agak-agak cam dalam ladang sawit.

Masa perlumbaan sedang berlansung sempat jugak aku singgah kat pekan Padang Besar. Takde la besar mana pun... Pekan koboi aje. Mostly peniaga kat sini adalah orang Thailand. Sampaikan bila berurusan ngan aku pun derang cakap Siam. Kap pung kap! Selepas tamat perlumbaan, sambung lak shopping kat pekan Kangar. Satu perkara yang menarik padal Perlis... AWEK DIA LAWA-LAWA! Aku dah berjalan merata negeri termasuk Kelantan tapi Mek Kelate masih lom dapat lagi lawan Mek Perlis! Keh... keh.. keh...

Rally kali ni berlangsung tanpa sebarang masalah. Selepas tamat semuanya, aku berkemas untuk balik ke KL semula. Sebelum balik tu aku singgah lak kat Bukit Kayu Hitam (amboih. sakan tu!). Tak beli apa pun sebab cam biasala kalau kat duty free zone yang murah cuma CAR aje. CAR tu ialah Coklat, Arak dan Rokok. Yang lenlain tu baik aku beli kat Sogo atau Carrefour aje! Perjalanan balik aku cuma mengambil masa 5 jam sahaja. Erk! Apasal boleh short 2 jam hah? Tak kisah la. Yang penting aku selamat sampai dah.

Bebaru ni lak member aku datang KL kononnya nak lepak kat Genting. Maklum la kawan dapat durian runtuh... Aku bookingkan bilik untuk dia kat Awana. Sampai Genting dia dah beriya-iya nak naik atas. Maklum la tak pernah naik semumur hidup kekeke... Aku bawak naik. Amik kau! Tinggal dia tak muntah aje dalam kereta aku. Apasal? PeNIingGgg... Muahahaha... Serik dia nak naik Genting lagi. Lenkali naik kereta kabel lak. Kau tak gayat ke?

Kat Awana tu ada la satu group ntah aku tak tau sapa tapi ada tulis MTD kat baju derang. Member aku punya la hangin ngan satu couple dari group derang ni. Orang tengah breakfast dia boleh halau duduk meja lain atas alasan meja tu dah reserved untuk group dia. Padahal meja tu punya la panjang. Sudahnya duduk la derang berdua kat meja tu. Pelik gak bila datang satu family Arab dok kat situ tak lak dia halau! Member aku dah bengang mula la cari bahan untuk kutuk derang berdua. Dapat 2 benda. Yang pertama tu padan la pakwe tu kontrol macho aje... Sekali bila senyum kat awek dia rupanya kawan tu jongang! Pagar tersembul! Yang kedua lak kat awek dia. Muka kontrol ayu semacam sekali bila duduk kat kerusi, tu diaaaaa! Belakang badan ngan pungkoq penuh ngan parut dan bintat! Birat lak tu! Muahahahahahahaha....! Abih tu sapa suruh pakai baby shirt ngan seluar cawat kecik!

Member aku punya la kutuk derang berdua tu! Pakwe jongang awek birat! Sampai balik dia dok mengutuk. Lantak ngko le... Aku tak campur... Takde yang menarik pun kat Genting masa aku pergi. Tak sejuk sangat mungkin sebab KL hujan lebat. Memang betul pun sebab masa balik dari Kuala Selangor tu, Sungai Buloh sesak teruk sebab ada jalan dinaiki air.

Huargh! Mata ngantuk neh. Tak cukup rehat. Nanti ada benda terbaru aku update lagi. Chow!

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]