Saturday, July 23, 2005

Tribute to Serendipity

Okey entry kali ni lak sebagai tribute kepada sorang sahabat dalam dunia blog neh. Sekarang ni dia dah 'bersara' dari dunia blog. Jadi untuk Serendipity ini tanda ingatan dari aku. Harap-harap kalau kau baca entry kali ni aku mintak ngko aktif la balik...

Dalam bebanyak entry Seren ada satu kategori yang aku betul-betul minat. Entry monolog... Cerita pasal thumb drive dia, notebook, mouse, printer dll. So kali ni aku nak citer pasal monolog gak. Kisah aku PerWira...

Assalammualaikum! Nama aku PerWira Bin Proton. Dilahirkan pada tahun 1997. Kisah hidup aku sangat panjang asalnya tapi dengan Irwan ni aku pendekkan sikit hehehe...

Si Irwan ni beli aku pada tahun 2003. Sebelum dia tuan aku adalah seorang lelaki Cina berusia 60 tahun. Jadi pepaham je la kalau orang tua yang pakai. Aku cuma terperap kat rumah aje. Disebabkan orang tua dah tak larat nak jaga aku maka dijualnya aku kat Sunday Car Sale. Alah... Yang dekat parking lot sebelah Menara MPPJ tu...

Dulu Si Irwan ni cuma pakai CLK* aje sebagai isteri pertama. Agaknya dah boring kot naik CLK* dia mula la gatal cari isteri kedua. Takpe la sebab dia nak cari janda katanya. Takyah bayar mahal-mahal dan takyah berpantang run-in enjin hehehe... Sesi mencari jodoh kat parking lot tu menemukan aku dengan dia. Setelah selesai urusan meminang dan semua duit mas kahwin dibayar maka dengan rasminya aku jadi milik dia. Itupun dia kena tunggu aku habis edah seminggu baru boleh bawak balik.

Dah seminggu baru la Si Irwan ni datang ambik aku. Masih aku ingat lagi tempat pertama dia bawak aku jenjalan. Subang Parade... Masa tu Si Irwan ni masih malu-malu lagi hehehe...

Lepas seminggu aku dengan dia baru aku perasan yang Si Irwan ni kalau bersama aku dia masih terikut-ikut gaya masa bersama dengan CLK*. Dia kena ingat yang CLK* tu kecik molek berbanding aku. Disebabkan kecuaian dia mata kiri aku pecah bila dia gi cium belakang abang sepupu aku Encik Pajero Nenas. Sib baik drebar Pajero Nenas tu takde lesen so segala kos repair aku Si Irwan kena bayar. Yang Pajero tu lantak la dia hehehe...

Aku cukup bahagia dengan Si Irwan ni. Segala make-up, minum dan kebajikan aku dijaganya dengan baik. Tapi kebahagiaan tu tak kekal lama apabila satu hari aku telah dicium dari belakang oleh Encik Naza Riang. Aku dah tak cantik lagi huwaaaa! Namun begitu, Si Irwan berusaha untuk mencari doktor yang pakar dalam repair merepair ni. Dapat satu kat Seri Rampai. Bila dah cantik Si Irwan mula lak mengidam untuk masukkan jantung baru. Katanya jantung lama aku dah tak bertenaga lagi. Cari punya cari dia dapat jantung dari sepupu rapat aku Encik Lancerigato. Dekat seminggu jugak la aku masuk wad kat Keramat. Memang betul jantung baru aku ni kuat tapi Si Irwan ni lak bukannya reti nak bawak lelaju. Paling kuat pun dalam 130km/j. Cuma sesekali bila datang angin tak betul tu aku dibelasah sampai 200km/j.

Camna teruk pun dia belasah aku namun aku tetap melayani dia dengan elok. Jantung baru aku pun tak bagi masalah. Malahan aku cukup gembira bila sesekali dapat berlari meninggalkan rakan sebaya atau yang lebih muda tercungap-cungap dengan enjin standard hehehe...

Sekarang ni Si Irwan dah mula gatal tangan lagi... Jantung baru yang berusia tak sampai 2 tahun dia nak tukar lagi. Katanya 120 ekor kuda tak mencukupi. Dia nak tambah lebih kurang 80 ekor lagi katanya. Ini semua gara-gara campur ngan bebudak rally la ni! Pernah gak aku terdengar dia nak ceraikan aku sebab dah jatuh hati balik ngan buah hati lama dia Cik Su. Aku bukan tak kenal sangat dengan Cik Su ni. Nama penuh dia Subaru Imprezati WRX. Memang la dia ni lagi cantik dan power dari aku tapi jangan la jual aku... Tolong laaa... Aku sedih tau tak!

Satu perkara aje yang buatkan aku boleh merasa lega takat ni hehehe... Aku tau Si Irwan ni bukannya mampu nak pinang Cik Su. Dia kena pikir yang Cik Su ni nafsunya kuat dan buas. Maintenance mahal. Sekali buat facial atau medical checkup confirm rabak dalam ribu-ribu gak hehehe... Aku murah je. Barang second hand pun aku terima dengan redha...

Okey chow dulu. Petang ni nak gi ajak Si Irwan gi bengkel buat medical checkup. Aku tau dia dah gaji hari ni hehehe...

Comments: Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]