Thursday, June 02, 2005

Testing... Aku dah pening!

Ekcelli aku tengah buat sikit renovation kat site neh... Tu yang weblog neh 'hilang' untuk beberapa hari. Ermm... Kepala tengah jammed sikit sebab nak pikir apa design nak buat. So untuk kali ni aku post satu benda yang aku dah lama buat lebih kurang 4 tahun dahulu... Nampak sangat mentaliti kebanyakan rakyat Malaysia ni masih tak berubah...

Perkara yang patut anda perhatikan jikalau menaiki Putra LRT.

1. Kalau perempuan biasanya yang perasan diorang lawa (tak semua tapi kebanyakan), diorang ni MALAS nak pergi ke bahagian tengah tren ketika menunggu. Sebagai contoh kalau tangga naik/turun ke platform itu berakhir dari sebelah kiri, mereka sanggup berlonggok disitu. Tak tau la apa diorang cari. Nak tunjuk kat semua orang yang naik kononnya diorang lawa kot?

2. Kalau yang lelaki pulak, naik ajer atas platform diorang akan jalan dengan gaya MACHO kononnya aku hensem la tu (tak semua tapi kebanyakan). Masa naik tren lak jikalau ada tempat duduk biasanya kalau lelaki dengan lelaki diorang akan berebut sesama sendiri tetapi jikalau ada perempuan lawa, diorang akan jadi gentleman. Itu kalau ada perempuan lawa.....

3. Budak-budak lagi bagus sivik diorang dari orang dewasa ketika dalam LRT. Kenapa?. Perhatikan jikalau ada orang tua atau perempuan mengandung masuk dalam tren ketika tren penuh. Yang ada kat tempat duduk akan buat-buat tidur, tengok kat luar, sembang dengan kawan dan macam-macam cara lagi supaya nampak macam tak nampak mereka yang kurang upaya tersebut. Kalau ada bebudak sekolah, terkial-kial la budak tu panggil makcik atau pakcik tu suruh duduk. Malu la sikit....

4. Payung kalau hari hujan....lebih banyak payung percuma dari beli sendiri.... Payung finance la.... payung syarikat komputer la.... payung syarikat minyak la...

5. Nak tambah pasal yang lelaki...kalau masa berdiri dan yang duduk depan dia ada perempuan lawa. Sanggup tu berhimpit dengan orang sebelah supaya dapat berdiri depan perempuan tu.....Kononnya tengoklah diriku yang MACHO ni !.....

6. Kalau yang bawak handphone tu. Kalau boleh masa bercakap tu biar satu tren dengar suara dia. Itu satu hal...lagi satu handphone kalau boleh tak nak simpan dalam beg atau poket....tapi pegang kat tangan. Kejap-kejap godek..kejap-kejap godek. Kononnya tengokla semua...handphone aku canggih...

7. Waktu sampai kat stesen lak...kat situ baru kita tau rupanya dalam sepuluh orang yang naik dengan kita. Tiga atau empat orang rupanya cacat.... Kenapa aku kata camtu ?. Perhatikan dekat lif yang disediakan....kan ada signboard untuk orang cacat saja. Diorang ni sanggup tunggu lif tu naik atas walaupun tau yang lif tu lembab. Apa la salah kalau jalan sikit. Lain la kalau awak tu dari golongan kurang upaya atau bawa barang berat....

8. Waktu naik tangga pulak...baru kita tau yang ada rakyat Malaysia ni tak reti membaca atau senang cakap tak paham bahasa. Sebelum naik escalator tu... dah tertulis kat signboard....SILA BERDIRI DISEBELAH KIRI UNTUK MEMBERI LALUAN DI SEBELAH KANAN. Tapi masih lagi ada yang bengap.

9. Kalau escalator yang dinaiki tu panjang/tinggi contohnya macam Stesen Masjid Jamek atau Dang Wangi. Cuba perhatikan...ada segelintir manusia yang akan cari 'angle' yang paling best....untuk apa ?. TENGOK PUNGGUNG PEREMPUAN....

10. Pekerja PUTRA lak...kalau naik tren mesti walkie-talkie pasang kuat-kuat. Kononnya nak tunjuk pada semua orang...WOI !AKU KEJE DENGAN PUTRA LRT LAAAA... AKU BOLEH NAIK TREN FREE....AKU PEGANG WALKIE-TALKIE BETUL LAAA...sambil-sambil tu jeling-jeling kat orang... konon best la tu...

11. Kalau stesen bawah tanah tu biasanya waktu malam (pukul lapan keatas). Anda akan dapati ada sepasang dua merpati dua sejoli duduk kat situ. Nak kata tunggu tren tak jugak pasal dah dua tiga kali tren ulang alik masih kat situ gak diorang. Stesen favourite Kg Baru dengan Dang Wangi.

12. Citer pasal makan lak. Kebanyakkan orang tau yang makan dalam tren tu tak boleh. Tapi dalam kes ni memang diorang tu tak makan tapi bawak makanan !. Bayangkan bau sambal nasi lemak, bau tairu atau bau sandwich sardin campur dengan bau perfume ....tak ke nak termuntah tu ?. Kalau nak bawak jugak tu boleh tapi 'seal' la baik-baik sikit.

13. Yang bawak barang besar tu, kalau boleh naiklah teksi. Kalau nak naik tren pun naiklah waktu orang tak ramai. Bukannya waktu tengah sesak. Ini tidak, dia sumbat jugak dengan beg-beg besar gajah. Kan menyusahkan orang tu.

14. Kentut dalam tren......tu biasa.

Comments:
HAHAHA! bagus!
 
Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]