Wednesday, November 30, 2005

Rockapakcintan...

Yeah! Ari ni kita layan rock kapak hehehe... Since 8 tak dapat siapkan struktur untuk pacak kat Bukit Larut. Kurang la sikit aktiviti aku untuk minggu lepas. Sekali tu terdengar lagu dari kumpulan Krabat - Keinsafan. Perrghh... Lama dah tak layan lagu neh. Tak silap aku dia top dalam tahun 1994 dahulu. Hehehe... Zaman sekolah lagik!

K'rabat
Keinsafan


Sayup terdengar hujan mencurah ke bumi
Kini terasa memecah kesunyian malam
Dan aku di sini sendiri dibaluti resah
Dibayangi sesal yang tak sudah

Renung langit sepi tiada purnama
Di dalam kelam ku lihat bayangku sendiri
Terpaku membisu tanpa suara dan segala
Apa petanda, apa rahsia

-korus-

Oh Tuhanku Yang Maha Esa
Maha Pengasih Maha Pemurah
Andainya malam yang begini
Memberi pengertian untukku
Mencari hidayahMu...

Maka kutadahkan setulus
Pengampunan dan pengharapan
Untuk aku menebus dosa-dosa semalam

Cukup setakat ini... aku merasa
Terasing terhukum dalam sengsara
Balasan dari kehancuran
Yang aku ciptakan

Dan kini ku mengerti
Antara dosa pahala
Yang mana lebih utama
Dalam meniti hidupan dan hari kematian
Oh...

- solo -

- ulang korus & 1 -

- 1 -
Andai malam ini satu peringatan
Bersyukurku pada Illahi
Andai malam ini satu kesudahan
Ku pintakan... satu pengaduan
Untukku menyudahkan kalimah
Terakhir...

So kalau ada sesapa yang ada cd atau mp3 atau kaset dia pepinjam sat kat aku. Tak aku bawak lari nye barang orang...

Monday, November 21, 2005

Amponnn Tongku Beribu-ribu Amponnn...

Baca dialog antara Aziz Sattar (AS) ngan P. Ramlee (PR) dalam citer Seniman Bujang Lapok ni dulu...

AS : Hey Ramlee! Kau kenal siapa aku??
PR : Tak kenal! Siapa kau?
AS : Akulah keturunan raja!...
PR : Raja mana??
AS : Raja Kaporrr!!!

PR : Hey Raja Kapor!! Kau kenal siapa aku??
AS : Tak kenal! Siapa kau?
PR : Akulah keturunan 'King'...
AS : King apa??
PR : King Kong!!!

Dekat sebulan tak update... Ni bebetul raya neh hehehe... Bukan malas nak update tapi aku sibuk sesangat. So ari ni nak citer apa ek? Errmm... Rasanya semenjak kebelakangan ni rasanya nama Taman Melati neh dah makin top hehehe... Bangga gak aku tinggal kat situ muehehehe... Kes pitnah Datuk Bandar penulisnya tinggal Taman Melati dan bebaru ni lak berlangsung majlis 'pertabalan Sultan Melaka' kat Taman Melati gak. Waaa... Ni sudah bagus! Rasanya aku nak buat baik la ngan dia. Senang nanti nak dapat pangkat Datuk Seri kekeke...

Cakap pasal Kesultanan Melayu Melaka ni kengkadang susah jugak nak akui seseorang tu waris yang sah atau tidak. Sebab apa ingat tak lagi dulu-dulu ada orang tua bernama Tengku Ali dari Cheras mengaku dirinya adalah waris Kesultanan Melayu Melaka. Cuma mamat ni takde la sampai buat majlis pertabalan... Dia cuma claim dianya waris yang sah dan mintak kerajaan kasik balik takhta dia. So sampai hari ni kes terus senyap bila kerajaan tak layan.

Sekarang ni lak muncul sorang lagi hamba Allah yang self proclaim dia lak waris yang sah. Siap buat susur galur keturunan lagi tu! Cakap lak dia mempunyai bukti-bukti yang kukuh cam keris, mahkota, tanjak dll. Pastu cakap dia dapat alamat yang mengatakan dia waris yang sah. Siap terjun dalam kolam Beting Tujuh kat Bagan Datoh untuk buktikan yang dia betul-betul ada daulat (ulat ada la kekeke...).

Jadinya cuti ari tu aku duduk la bersembang ngan orang-orang tua kat kawasan rumah aku tu... Kata derang ada beberapa fakta yang boleh diragui. Memula sekali pasal keturunannya. Kata derang pewaris sebenar Kesultanan Melayu Melaka kebanyakkannya berada di Johor dimana seperti yang diketahui Sultan Mahmud Mangkat Dijulang adalah keturunan pewaris terakhir yang mana anak-anak beliau lah yang meneruskan pemerintahan kerajaan Johor-Riau pada waktu itu. So derang bercerita sampai aku naik pening kepala nak mikirkan hehehe... Yang penting sekali ini 'Sultan Gombak' takde kena-mengena langsung ngan Kesultanan Melayu Melaka. Berkemungkinan jikalau ada pun cuma bau-bau cirit aje hehehe... Jadinya tak timbul isu dia pewaris sah kerana ramai lagi yang akan tampil untuk berbuat demikian kerana keturunan sebenar Sultan Mahmud masih wujud.

Yang kedua lak bila dia claim dia dapat segala persalinan diraja yang timbul kat Pulau Besar. Seperti mana yang diketahui, Pulau Besar dia Melaka terdapat banyak bapak-bapak setan dan jin yang menetap disitu. Ada gak yang berani tanya 'Sultan Gombak' ni akan kebenaran barang-barang yang dia jumpa tapi dia enggan nak cakap apa-apa. Alasannya korang tak tau sejarah dan jangan nak memandai-mandai. Ada jugak yang soh dia buat ujian pentarikhan karbon kat keris tu tapi dia taknak gak. So sesapa pun boleh ngaku pewaris sultan kalau camtu. Syaratnya ada keris dan persalinan cukup la! Pengantin pun boleh claim camtu hehehe...

Ketiganya kenapa sekarang lak baru sibuk nak claim? Masa Melaka tak maju dulu takde sapa pun nak tapi bila Melaka dah dapat taraf bandaraya dan maju gila babi mula la sibuk nak claim. Maklum la... Siapa nak kasik elaun sara diri beribu sebulan free je gitu... Kalau jadi sultan Melaka nanti tak sibuk-sibuk keje. Kepit bini kat rumah pun dapat duit...

Cakap pasal bini lak ada gak orang satu orang tua neh menyampuk... Katanya 'Sultan Gombak' ni bini dah 4 orang! Tahap gaban punya nafsu kuda dia neh! Bukan apa... Taknak nanti habis bebudak pompuan kat Melaka jadi gundik kekeke... Cukup la kejadian zaman Hang Tuah dulu.

Aku duduk ngan orang-orang tua ni pun tak lama sebab derang mula bukak citer tongkat ali lak. So pada 'Sultan Gombak' jangan amik hati ek artikel ni. Dewan yang kau buat majlis pertabalan tu pun asalnya tempat orang buang sampah. Jadinya pepaham dah la... Toksah la disebabkan mimpi yang tak pasti maka semuanya kita nak ikut. Abis tu kalau mimpi tu datangnya dari syaitan dan disuruhnya kau terjun laut kat Loji Petronas Tangga Batu tu maka kau nak terjun gak? Gi la balik rumah dan duduk diam-diam ek? Jangan jadi Mr. Bean ek? Gi main pondok-pondok ngan 4 bini kau tu... Main doktor-doktor ke...

Amponnn Tongku Beribu-ribu Amponnn...


Nak tengok muka 'Sultan Gombak'? Klik sini...

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]